Tuesday, 9 October 2012

Birthday present...

Assalamualaikum semua,

Dah lama Kak Wawa x update blog Kak Wawa ni yek? Huhu...Kak Wawa tak dapat nak selitkan masa sekejap untuk share cerita dengan uols.

4hb Oktober 2012 aritu, anak Kak Wawa, Muhammad Adam Qausar, genap 1 tahun dah. Cepat je kan masa berlalu...?! Tapi Kak Wawa masih terasa seperti baru saje melahirkan Adam ni. :p

5hb Oktober 2012 Kak Wawa tak sangka ianya akan berlaku terlalu cepat kepada Adam dalam usia dia yang baru setahun ni. Kak Wawa realized it bila Kak Wawa nak ambil Adam dekat babysitter. Rupanya sehari selepas birthday Adam...Adam dapat birthday present iaitu "Chicken Pox". Kesiannya anak Kak Wawa dok menahan sakitnya...demamnya...gatalnya...sayu hati Kak Wawa tengok Adam tapi Kak Wawa syukur punya anak yang kuat semangat. Adam tak banyak meragam pun cuma biasalah waktu nak tidur dia merengek sikit2....selebihnya Adam banyak bermain seperti budak yang x sakit. :) Ibu proud of you...


Bahagian belakang badan Adam...


Bahagian muka & kepala Adam...


Walaupun tengah sakit Adam tetap memberi senyuman yang manis dekat Kak Wawa <3


Muka Adam penuh dengan Chicken Pox....