Tuesday, 27 September 2011

40 weeks plus 6 days more to go...

Asssalamualaikum everyone,


Masya Allah...rupanya dah lama kita tak update blog ni ek? Salah satu sebab kita tak ada interesting story then lagi sebab kita malas nak update. Bukak blog pun tengok ada updated blog from my friend or not, itu jer. :p


Tengok pada title my entry kali ni pun, kita sedang menanti detik-detik kelahiran puteraku ini. Masih belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi ni tapi sakit-sakit kat belakang pinggang ni dah kita rasa dari last week lagi. Perit ya amat...! :S Rasa nak letak minyak panas je kat belakang pinggang ni tapi tak boleh...kecian baby ku nanti! :p


20hb September 2011 hari tu, kita pergi ke hospital Selayang. Ingat dah nak kena induce lah that time tapi Alhamdulillah...tak kena. :) Actually macam ni la ceritanya....


19hb September 2011 tu hati kita ni rasa tak sedap sebab bukanlah apa cuma fikir-fikir balik the last time kita scan baby kita was on 22hb July 2011 and that time berat baby ku baru mencecah 1.45kg so nothing to worry lah. Tu yang tergerak hati nak scan balik manalah tahu kan...so kita just pergi ke klinik swasta biasa je to scan the baby. After doktor scan, so dapat lah tahu berat babyku.OMG...berat babyku mencecah 3.5kg. So fast dia membesar and doktor tu siap cakap lagi yang kita nak kena induce nih sebab baby kita berat sangat takut tak boleh bersalin secara normal. Hati kita dah berdebar-debar lah bila doktor dah cakap cam tu. Ini tak boleh jadi ni so I ask doktor tu buat surat nak masuk wad dekat Hospital Selayang.


Jadi, 20hb September tu lah kita dengan suami pergi ke Hospital Selayang. Suami kerja half day that day. Dia pun dah berdebar-debar sebab fikir yang kita ni dah nak kena bersalin ke. :p
Sampai sana, macam biasalah kena stay dalam wad and they all akan monitor pergerakan jantung baby and then kita minta diorang buat double check scan balik baby ni sebab takut mungkin tersilap kira berat baby ke apa kan...so, lepas dah monitor jantung baby dan pergerakan jantung baby pun okey they all proceed scan perot kita pulak. Alhamdulillah...doktor pakar Hospital Selayang buat pengiraan masa scan, berat babyku baru 3.2kg so dia bilang pada kita tu normal. Dia suruh kita tunggu ajelah masa untuk bersalin...tunggu antara 3 tanda-tanda nak bersalin tu lah. :p


Syukur dan rasa lega sangat sebab boleh balik rumah after that. Boring jugak stay kat hospital lama-lama. Nanti dah bersalin lagi lah boring kena stay kat hospital. Haih...! So sekarang kita hanya menanti detik-detik kelahiran anak ku ini...tik tok...tik tok...if masih tak ada tanda-tanda sakit nak bersalin by 4hb Oktober 2011 kita dah kena masuk wad bersalin. Jeng...jeng...jeng...tunggguuuuuuuu!


Daa... ;)

Thursday, 8 September 2011

Nothing to say...

Assalamualaikum semua,


Sorry lah sebab kita dah lama tak update blog ni. Salah satu sebab kita tak ada hot story nak share dengan uols dan lagi satu maybe hati ni tak ada mood nak update sebab tengah nebes dok menghitung hari nak 'deliver'...dup dap...dup dap...berdebor-debor hati den ni hah!


This week kandungan kita dah masuk 37 weeks so anytime ajew kita boleh deliver. Tengok pada baby lah nak kuar sekarang ke or not. Ahaks! :b


La ni nak buat kerja pun dah tak larat. Asal buat kerja sikit...mulalah terbenti kejap sebab tiba-tiba rasa lain kat tang bawah ni hah... :b tapi tengok-tengok belum masa nya lagi. Huhuhuhu....


Kadang-kadang terasa sakit jugak pinggangku...tapi bila monitor, okey pulak. Kadang-kadang pewot ni mengeras sekeras-kerasnya...monitor jugak tapi still the same...Haih, tak ngeti nya den  nak jangka semua ni. :/


Uwaaaa...I am so nervous right now!!! Semoga dipermudahkan segala-galanya. Amin! =)


p/s : Nantikan entry yang berikutnya bila kita dah selesai everything ok? :) give me a good rest first... :) pray for me ok? TQ...take care uols! ;)