Wednesday, 24 August 2011

Beraya di mana UOLS diz year...

Pejam...






Celik...




...pejam celik, lagi 4 hari aje bulan Ramadhan akan meninggalkan kita kan? Sekejap betul masa berlalu. Teringat masa start puasa, terasa masa berjalan dengan lambat nak tunggu puasa hari yang ke-2. Tup...tup tengok sekarang...tak lama aje lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri! :)


    Tahun ni uols semua beraya dekat mana ye? Insya Allah, if tak ada aral melintang this year kita akan beraya dengan my mummy dekat Kemaman, Terengganu. Dah 2 tahun beraya dekat KL so this year my mum nak uat keputusan nak beraya dekat kampung pulak. Dia dah rindu ler tu kampung halaman dia...termasuklah kita! Hihihihi.... :D


    Tapi this year is my 1st year beraya as a wife tapi yang sadisnya...tak dapat nak beraya dengan suami tercinta sebab salah satu sebabnya, my husband kena kerja waktu hari raya nih. Actually bos dia ada bagi cuti tapi bayangkan lah dapat pun just for 3 days aje. Manalah cukup kan nak balik kampung halaman dia kat Kelantan tu so nak tak nak...my husband hold cuti tu untuk hari bersalin ku nanti so that dia ada masa lebih sikit untuk kita nanti. :) tenkiu sayang! <3
Dan lagi satu, kita kesian tengok mama kita nak drive sorang-sorang balik kampung so kita pun berbincang ler dengan suami & Alhamdulillah, my hubby izinkan kita temankan mama balik kampung. :) my hubby sempat lagi berseloroh cakap jangan balik kampung lama sangat...nanti dia rindu takde bantal pelok!harharhar.....so noty! :b


    Excited...memang excited nak balik kampung tapi kita ni tengah pening nak packing baju segala. Kalau nak packing baju kita aje tak pe lagi...ni kena pack sekali baju-baju baby. Kena standby pape yang patut sebab by next week...raya week, kandungan kita dah genap 36 weeks @ 9 month gitu...! I am soooooooo nebes....! :/ Hope kita sempat lah pergi & balik beraya ni. Kalau boleh nak bersalin kat KL. Mudah sikit...Hihihihi....Lagi pun dah planning nak masuk Hospital Selayang, tempat kita akan melahirkan baby ni nanti! :)


    Hurmm...oklah! Nak start packing pape yang patot. So...kepada uols semua, di kesempatan ni kita nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ya? Mohon ampun & maaf if ada terkasar bahasa atau terperli uols ke dalam blog kita ni. Ada kew? :b Hihihihihi....


P/S : Jangan drive laju-laju ok? Biar lambat asalkan selamat....orite gang?! :)
<3 Uols! XOXO...Muahx!

Wednesday, 17 August 2011

Dugaan Oh...Dugaan

Assalamualaikum,


Bulan ni betul-betul menguji kesabaran dan kekuatan ku. Sob3x...! Tiga hari lepas, kita tengah dok puasa macam biasa. Tepat kul 3 petang cam tu, tetiba rasa sakit sangat kat bawah tulang dada ni. Macam masuk angin pun ada tapi kita tak sure kenapa...still dok tahan lagi sebab sayang kan nak bukak puasa cam tu aje.


Tiba time nak bukak puasa, yang sedihnya...kita tak boleh nak makan sebab sakit bawah tulang ni mengganas. Huhuhu! Makan je sikit, kita muntah. Muntah sampai 3x dan dengan kuantiti yang banyak. Memang rehydrated betul lah lepas tu. Tak lama lepas tu...tetiba badan rasa menggigil tak hingat. Suhu badan pun berubah jadi panas gila. Demam...Oh tidakkkk! Demam dengan sengal-sengal sendi kita dapat that day...Subhanallah, dugaan! :/


Malam tu jugak adik ipar kita tolong hantar ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Doktor check...dan dia hanya boleh bagi ubat panadol, ubat tahan muntah dengan ubat gastrik. Eeeuuu...ubat gastrik yang tak bape shedaapppp sangat...!! :b berangin lain macam...
Syukur Alhamdulillah...keesokkan paginya demam kita dah mula kebah dan terus hilang sehingga lah sekarang. :)


Kita ni dah tak dapat nak puasa seperti orang lain atas sebab mengandung...dan perlu kumpul tenaga untuk deliver nanti. Atas arahan daripada doktor so nak tak nak cheq terpaksa lah akur...cheq dapat puasa just for 15days je...sob3x! So sad...


So semalam selepas kita makan tengahari...tetiba pewot kita macam tak sedap. Memulas tak hingat sampai buat pewot kita mengeras. Baby pun tak gerak. :( Yang kita pulak berlanjutan keluar masuk toilet sampai lima hingga enam kali dibuatnya ditambah pulak dengan muntah yang teruk. Adoi... :/ ...dan 5 -6 kali tu lah pewot mengeras so risau dengan keadaan baby, nak tak nak kena gagahkan diri pergi klinik again. The same klinik sampai doktor tu pun terkejot dapat patient yang sama. Hahahaha! :))


Doktor check keadaan kita, dia cakap benda ni serious sebab risau kita rehydrated so dia pun bagi refer letter dan suruh kita pergi ke Unit PAC dekat HOSPITAL SG.BULOH. Rupanya kena admit dekat wad bersalin. Adoi...! Makin cuak lah hati nih...Register segala dan terus kena admit. Dok lah kat dalam wad tu dari pukul 5 petang till 2 am this morning. My God...punya lah lama sampai tahap boring kita ni dah tak boleh nak ditahan lagi. Ahaks! :b Kita kena masuk 2 botol air dengan doktor monitor pergerakan jantung baby...Tang nak cucuk jarum kat atas tangan ni yang den tak sanggup sangat. Sakit nak mamposs.....uwaaaaa! My first time in ward...Ohhh tidak!!!!


Pape hal pun, syukur Alhamdulillah kita dapat discharge. Tak perlu nak kena tahan dalam wad. Tu pun dah lega sikit hati ni. :) Tapi sakit kesan dhirrea tu still ada lagi nih...tapi tak seteruk macam semalam.


P/S : Thanx to my lil brother, Mohd Farid Roslan sebab sudi datang dari Shah Alam ambik akak then send me to the clinic...then send me to the hospital. TQ so much...akak hargai sangat-sangat jasa baik mu! :')


To my lil sister, Safiyah...Akak mintak maaf sebab telah me'ruin'kan plan Fify dengan Farid. Sob3x...Sorry dear! Benda nak jadik...akak pun tak planned all this. Huhuhuu...But i love uols so much sebab so prihatin dengan keadaan akak sekarang! Muahx...XOXO! :*

Monday, 15 August 2011

Congratulations to my lil sister

Assalamualaikum semua,


Seawal jam 5 pagi tadi kita dikejutkan dengan satu sms. Masa tu cheq ni baru je lepas bersahur dengan suami. Tup...tup bunyi sms masuk. Uish...hati dah berdebar-debar plus pelik, siapalah yang sms pagi-pagi buta ni kan? :)


Suami tanya..."Siapa plak yang sms pagi-pagi buta ni yunk?"


Kita menjawab..."Ntah...tapi rasa hati cam tak sedap je bang.Ntah...ntah..."


Kita pun apa lagi, terus lah check handphone. MasyaAllah...rupa-rupanya my little sister, Natasha selamat melahirkan puteri sulung dia. My GOD...really good news di awal pagi 15 Ramadhan.... :) Congratulations dear... <3


Natasha (adik angkat kita) ni selamat melahirkan puteri sulung secara normal pada pukul 12:15a.m. dengan berat baby 3.1kg uols...her baby is soooooo adorable! Geram je kita tengok. Rasa nak cubit-cubit pipi dia yang gebu tu! 


Kita tumpang happy sangat-sangat...adik kita tu dah selamat bersalin. Sekarang kita pulak yang nebes dok menghitung hari...giliran kita nak bersalin. Huhuhuhu! :b Cerita beliau masa proses melahirkan puteri sulung dia sungguh menyilukan ku...uwaaa...takot! tapi di sebalik cerita beliau...kita rasa bersemangat dengan kehadiran putera sulung ku ni nanti! Ibu tak sabar nak tunggu baby ibu... :D


Ni lah dia puteri sulung Natasha...isn't she so adorable? :)


See...! Ikut muka mummy dia...siap terpacak lagi rambut nya. Lebat x hingat! :b Nilah dia Qistyna Azrah <3


Ni lah mummy dia...hot mama kan? :) tahniah dik...akak tumpang happy sangat2! 


Bukan weols je yang tumpang happy tapi ada seseorang yang lebih happy dari weols...orangnya ialah....

Congratulations Mr. Bon Zainal kerana mendapat cucu gal early diz morning...so now, Mr. Bon Zainal sudah menjadi grandpa yang hot lagi!


I am so happy today...dapat berita yang menggembirakan! Syukur Alhamdulillah....15 Ramadhan penuh dengan kenangan yang terindah! <3

Friday, 12 August 2011

Berbuka puasa bersama adik-adik kesayanganku...

Salam Uols,


I am so sorry sebab lambat update blog ni. Bukan kerana kita ni malas cuma tak ada new story yang nak di'share'kan bersama-sama. :) But right now, kita dah ada new story to share lar... <3


Yesterday, my lil sister Fify and me plan nak pergi meet buah hati pengarang jantung Si Fify dan berbuka puasa bersama-sama. Almaklum aje lah dah lama tak jumpa buah hati...for 6 months! Pergghhh...setengah tahun gitew! :/ Nasib baik lah cik Fify ni dapat pinjam kereta kesayangan abang dia so kitorang pun dengan senang lenang nya drive lah to Shah Alam... :) Cik Fify kita ni sampai tersesat salah masuk highway DUKE lagi uols...excited punya pasal nak jumpa buah hati. Dah tak sabar-sabar... :b She fetched me...then dari rumah kita, kita yang drive heading to Shah Alam. Nasib baik tak jem uols... :b


Muka excited dah sampai crib si buah hati pengarang jantung Cik Fify...walaupun ku kepenatan sempat lagi uols snap pix! :b

Sambil-sambil waiting for her boyfriend bersiap-siap...tu yang weols ni snap2 pix dekat kereta Persona abangnya fify. Hihihi!

Ni Cik Fify pulok yang posing di tengah-tengah kereta Persona. Masing-masing dah tak ada kerja... :b


Ni lah dia 2 merpati sejoli merangkap adik-adik kesayanganku... <3 comey kan diorang? Nama si teruna tu Mohd Farid Roslan. :)


Masing-masing blur tak tahu nak berbuka puasa dekat mana so dengan last minute decision, weols pun heading to Jusco Bukit Tinggi. Uols...kita ni pun tercengang-cengang lah on the way nak pergi Jusco Bukit Tinggi sebab ni first time kita akan jejak kaki kat sana. Hahaha...udai kan? :b Area Klang beb...tak terfikir pun nak pergi. Dengan jem lagi...so memang tak pernah masuk dalam list lah nak jejak kaki kat sana. Hahahaha!

Dah sampai Jusco, elok-elok je turun dari tempat parking masuk ke department Baby. Mak pun happy la uols...dapat usha barang-barang baby ku. :) Plan nak beli trolley baby tapi terlalu awal sangat so pk punya pk...cancel kan dulu. Last-last beli sabun Johnson head to toe, Johnson baby oil dan sabun basuh baju-baju & napkin for my baby.

Setelah penat berjalan...xtually me yang penat almaklum je lah ibu mengandung, so weols duduk lah kejap dekat bangku ni huh untuk melepaskan penat! :b



Bagi kita, ni lah first time jejak kat Jusco Bukit Tinggi so nak carik kedai makan untuk weols berbuka puasa cam blur sket...so kita pun tanye lah kat diorang ni yang dah biasa pergi sana.

" Nak makan kat mana ni korang?"

" Mana-mana je lah kak....!" Itu jawapan yang diberi. Hahahaha! Melilau-lilau carik tempat, lastly weols pergi ke Kenny Roger's je. Kenalah booking awal-awal so that bila nak berbuka puasa nanti takde lah tak dapat tempat segala....

Tanda tempat telah di'booking'...Hihihi!

My dinner@santapan berbuka puasa ku... <3 minum air jus mango lagi you tapi masam tak hingat...nasib baik ada air mineral! :b

Dish ni yang adik-adikku order...Balinese! Nampak macam sodap jugak kan? :b

Diorang pun dah tak sabar nak berbuka puasa dah nih...hihihi! Sempat lagi snap... :p


Lepas selesai berbuka puasa, plan nak balik lah sebab masing-masing dah tak larat lagi nak jalan. Dah lah pewot pun tengah full house lagi. Tapi on the way nak balik tu, sempat lagi kita ni dok shopping 2 bedsheet....corak love-love lagi uols! Hihihihi...Then weols gerak balik ke Shah Alam hantar Si Farid ni balik.

P/S : I really enjoy berbuka puasa dengan uols...<3 uols so much!



Wednesday, 10 August 2011

Check Up again...

Salam...


Hari ni kita rasa kepenatan gila. Malam tadi tak boleh nak tidur langsung. Rasa macam dah tidur tapi rupa-rupanya hanya tidur-tidur ayam je. Mungkin sebab tak selesa bahagian perut ni. Hihihi!!! :D Sampai cemburu tengok si suami tidur dengan nyenyak tapi kita...nak tukar posisi tidur pun hanya qjjl saja yang tahu betapa susah. Nak kena berhati-hati sungguh...


Selepas sahur pun kita tak dapat nak tidur sebab dok pikir...if tidur, sah-sah terlajak time ni. Sebab today my check up day dekat Klinik Komuniti Kesihatan Kelana Jaya so kena lah bersengkang mata lagi. Pergghh...hari ni memang betul-betul tak cukup tidur!


Appointment pukul 8 pagi. Nak kena kuar awal lah sikit. If kuar after 8a.m. ni gamaknya nak jumpa nurse-nurse yang nak check kita pun lambat lah tapi Alhamdulillah, kita sampai jugak kat klinik before pukul 8 pagi tu pun dah dapat nombor giliran 2027. Dah 26 orang sebelum kita yang dah sampai dulu. Hihihihi! Apa boleh buat...janji kita dah sampai dah syukur.


Hari ni tak de check pape cuma buat benda yang sama seperti sebelum ni iaitu...timbang berat, check tekanan darah...then kena pergi ke kaunter 21 untuk check darah dengan bagi sampel air kencing kita. Tapi today nurse yang check kita membebel sikit sebab berat naik 2kg lebih. Hahahaha! Ni gara-gara makan makanan yang sedap-sedap bulan pose ni. Ahaks! :p


So nurse tu nak tengok lagi 2 minggu ni so my next appointment will be on 24th August 2011. :) Hope berat masa tu jangan naik lagi udah ler. :p Dia dok tengok buku kesihatan kita...tetiba dia cakap yang kita dah kena start cuci baju-baju baby, selimut baby, napkin baby, tuala baby..sebab kandungan kita dah cecah 33weeeks and 1/2...uwaaaa!!! Tak lama lagi je nak beranak....ADOI!nebes tak hingat dah nih... :/


Pergerakkan baby pun okey. Tak ada masalah. :) Ibu dan baby sihat aje. Besar rahim pun sama dengan usia kandungan kita...33sentimeter. :) Berapa lah berat baby ku sekarang yek? :) takpelah...janji dia sihat sudah! Tu pun dah syukur... Ibu tak sabar nak tatap wajah anak ibu!


Semoga ALLAH permudahkan segala-galanya nanti....Amin!

Saturday, 6 August 2011

Aku Hargai Jasa Baikmu...Sahabatku

Salam Uols,


Just nak share sikit dengan uols semua. Dua tiga hari lepas kita ni tetiba teringin sangat-sangat nak makan 'TRUFFLE'. Ia sejenis desert yang penuh dengan buah dan dilayerkan dengan kek & custard. Yummy! Tapi keinginan kita nak makan desert ni bukan nya ada kat kedai tapi desert yang dibuat oleh sahabat baik kita sendiri. Memang terbaek lah!


Then kita 'esemes' la kawan kita ni suarakan keinginan kita nak makan truffle dia...air tangan dia. Syukur Alhamdulillah...dia setuju dan dia akan buatkan untuk kita and baby dalam kandungan ni. How sweet she is yeah? :) Kita terharu sangat-sangat usaha dia ni.


Nilah dia sahabat baik ku, Intan Zalikha yang telah berusaha keras menyiapkan desert 'TRUFFLE' untuk kita...TQ my friend! <3 ya so much!!!

Ni dia desert 'TRUFFLE'...in a small tupperware. Kali ni my friend tak letak variety of fruit cuma letak buah strawberry je. Tu pun dah cukup sedap...! :9


P/S : Kejap-kejap lagi nak layan makan truffle nih...anda mau? Hehehe... :D 

Kepada sahabatku, Intan Zalikha...if u read diz entry, TQ once again yeah? Sayang kamo! XOXO

Friday, 5 August 2011

Counting days

Assalamualaikum semua,

Today dah masuk hari yang kelima umat Islam berpuasa kan? Sekejap je masa tu berjalan and uols jangan lupa...berpuasa, puasa jugak tapi ibadat solat terawih jangan lupa ya? :) Hihihi...



Insya Allah, lagi 25 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut tu and I can bet la ni mesti tengah sibuk dok membeli belah baju-baju raya, langsir raya, kasut raya...everything raya lah. Hihihihi!!! Shopping2 jugak tapi uols jangan leka sangat. Puasa tetap kena puasa ok? :)


Dalam umat Islam dok tak sabar-sabar nak sambut raya, kita pun termasuk sekali rasa tak sabar nak sambut raya tapi dalam masa yang sama hati kita ni nebes sesangat. Mana tak nya, orang lain counting days nak raya tapi cheq ni counting days nak "BERSALIN". Adei...! Dup Dap...Dup Dap...jantung nih. Due date pulak Insya Allah dalam bulan Syawal jugak. So shopping raya tak adalah sangat tahun nih cuma busy dok beli barang-barang baby aje. :) Moga Allah kuatkan semangat ku untuk tempuh hari-hari yang mendatang...ni! AMIN! <3

<3 Kami menunggu detik PUTERA kami lahir ke dunia...we will waiting for you sayang! <3