Friday, 29 April 2011

Movie again...

Hai,
Kali ni nak share tentang aktiviti yang kita buat pada 28hb April 2011 hari tu. Bukan lah aktiviti apa-apa pun cuma pergi tengok movie cerita 'THOR'. Memang terbaik lah cerita tu. Dia punya hero pun...perggghhh...macho gila! Body toksah cakap lah...memang sesuai jadi hero dalam cerita tu. Siapa lagi kalau bukan Kenneth Branagh! :)


Ni lah dia Thor di samping ayah dia yang macho jugak, Allfather

Movie yang sedap-sedap ni tak boleh dilepaskan peluang nak tengok so on 28th April tu, kita bersama yang tersayang dah beli siap-siap tiket nak tengok movie 'THOR'. Kita tengok kat platinum lagi. Memang terbaik wokkkk! Selesa yang amat sangat-sangat! Berbaloi-baloi dengan harga dia ler... :)



Before tunggu nak masuk weols rileks-rileks dulu kat sofa dan kerusi urut yang mereka dah sediakan khas untuk pelanggan platinum.


Ni lah kita dengan muka yang pucat sambil rileks di sofa platinum.Miahahaha...

Ok. That's all yang kita nak share. Tunggu entry yang berikutnya k? Sharing is caring... <3 Muahxxx

Monday, 25 April 2011

Watching movie...

Hai uols,
Semalam kan weekend, hari Ahad. Boring...tak tahu nak buat apa so plan dengan yang tersayang pulun sekali dua movie lah tengok semalam dekat Cineleisure.

First movie, kitorang tengok cerita 'Red Riding Hood'. Boleh tahan lah cerita ni. Tak sia-sia tengok jugak. Cerita dia ni ala-ala cerita macam 'Twilight', 'New Moon' gitu. Hihihi... XD Movie ni start pukul 4 petang then habis around 5 lebih cenggitu. Then kitorang sambung tengok movie yang second plak...

Second movie, kitorang tengok cerita 'Penunggu Istana'. Hahaha...cerita cam hampeh sikit lah tapi cerita ni nak dekat-dekat ending menyeramkan jugak lah lebih-lebih lagi bila start hari ke-8 budak-budak tu kat istana tu. Eeee...macam-macam yang berlaku. Nasib baik kita tak melatah sebab terkejut. Nyorok dalam sweater aje lah. Ngee~ :p

Just tak sabar nak tunggu bulan 5 ni. Banyak movie yang best-best akan keluar...tungguuuuu! XD



Friday, 22 April 2011

Kisah hati...



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasa
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir...

P/S : Just wanna share. Sedap jugak lagu Alyah ni. Sayu je hati bila dengar. Meleleh jugak airmata ni lebih2 lagi ada Remy Ishak sekali dalam video klip towh.Ngee~ :p Love this song!

Thursday, 21 April 2011

Ku Merindu..... :'(

Hai uols,
Kali ni just wanna share sikit perasaan ku. Bukan perasaan apa pun cuma it's about kucing kesayangan ku...

Ke mana tempat kita pergi mesti nampak kucing yang terbiar di jalanan. Kesian mereka kan? Tak ada orang yang nak jaga. That time lah kita teringat kucing-kucing kita kat rumah parent. Dah lama x jumpa...peluk...cium diorang. Kita share dengan uols nih pun airmata kita meleleh teringat kat diorang...keletah diorang. Walaupun kita nih alah dengan bulu diorang kerana mengidap ASTHMA, tapi kasih sayang kita pada diorang x akan pernah berubah sampai bila-bila.

First kucing yang kita nak share ni nama dia ARIEL.tapi sayang, Ariel dah tak ada. Dia sakit macam kene infection sama seperti AIDS tapi bukan penyakit AIDS lah cuma penyakit dia boleh berjangkit pada manusia yang dekat dengan dia. Yang tabah hati menjaga dia adalah ibu kita. Ariel ni manja dengan ibu kita.

One day, doktor dari klinik haiwan dekat UPM call us dan mengatakan yang Ariel kena tidur buat selama-lamanya kerana penyakit dia tak boleh nak baik. It becoming worst. Masa tu, kitorg semua terkejut. Berat hati kitorg nak melepaskan dia pergi buat selama-lamanya tapi Allah lebih sayangkan dia dan kami terpaksa relakan dia pergi...we love u ARIEL!

Ni lah Ariel. Masa ni dia kat klinik haiwan. Baru jatuh sakit

Second kucing nama dia STITCH. Dia ni adik-beradik dengan ARIEL jugak. Stitch nih paling rapat dengan kita. Ke mana sahaja kita pergi dia mesti ikut. Dekat mana kita duduk, di situ lah dia duduk sekali. Orang kata setia teramat sangat lah. Hihihihi...

Setiap malam kalau kita tidur, dia pun mesti tidur dekat dengan kita tapi dia hanya dapat tidur depan pintu bilik tidur kita sahaja lah. Sampai parent kita tergeleng-geleng kepala tengok keletah dia.

Nak panggil nama dia ni kena ada pitching yang bagus. Yang kelakar, hanya kita sahaja yang bole panggil dia and dia terus pergi kat kita. Kalau ibu atau ayah kita panggil, dia macam liat nak bangun. Dia nih pun bijak kucing nya. Kalau orang marah dia, dia boleh buat muka merajuk. Tak boleh bla langsung... :p I miss Stitch so much!!!



Stitch...my cayunk buchuk! Sedap dia dapat tidur atas katil kita


Third kucing ni nama dia LILO. Dia ni paling comel. Dia ada muka yang sweet dan Lilo ni pun kecil molek sahaja size dia. Pun sama, adik-beradik dengan Stitch & Ariel. Lilo nih ada pe'el sikit. Dia suka jalan seret bontot dia ke carpet. Apa jenis style entah. Hahaha...!!! Lagi satu kalau Lilo ni tidur, dia tidur dengan macam-macam style. Dia rapat dengan ibu kita. I miss her too... :'(


Ni salah satu style tidur dia... :p


Kucing yang terakhir ni, nama dia MELL. Mell ni kita ambil dia dari dia anak kucing lagi. Dia ni kucing lain daripada lain sikit kerana struktur bulu dia yang tebal macam carpet. Comel sangat. Dia ni kucing jantan kita. Masa anak kucing, stay lah jugak kat rumah but now, kaki jalan dah. Kadang-kadang sahaja dia balik kalau betul-betul dia lapar. Hikhikhik...
I miss him too!!! :'(


Masa ni dia tak aktif sebab kaki dia injured.


Perut buncit. Geram tang tu lah kalau dengan Mell. Kuat makan!

I hope kucing-kucing kita ni semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat. I really miss uols so much!!! Korang lah penyeri hidup kakak...forever!!! :'(

Tuesday, 19 April 2011

Siapa Malaikat Itu?




Tadi pagi teman abang tersayang pegi hospital.On the way singgah kedai kejap & happy sangat because majalah yang selalu aku beli setiap  bulan dah keluar di pasaran so apa lagi...aku pun beli lah.

Sampai dekat hospital sementara tunggu abang tunggu giliran nombor dia dipanggil, aku pun baca majalah.Aku tertarik salah satu ruangan dalam majalah ini.Bila aku baca hati jadi sayu sangat-sangat.Ni aku nak share dengan kalian...

Suatu hari, seorang bayu menerima perintah daripada Penciptanya: "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia".
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti".
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Jangan takut. Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka jugak tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku bole hidup dengan mereka?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia kan mengajarmu untuk berbicara."
Bayi itu bertanya lagi: "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih terus bertanya: "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi: "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!"
Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab: "IBU! Ibu yang melahirkan engkau!"

So touching story ni kan...? Hope uols terhibur...ok? Sharing is caring... XD

Sunday, 17 April 2011

Hari ini dalam sejarah...

 Hai uols...,
Kelakarkan...kerana paksaan seorang adik angkat kesayanganku; Safieya Nordin:, akhirnya terhasillah entry pertamaku.

Hari ni weekend kan so I dengan adik angkat hang out dekat TGI Friday, The Curve having lunch here...ni dia menu yang I order...
white fish with herb rice

Kekenyangan sudah... :)
So hope uols terhibur lah sikit dengan ceritaku untuk hari ini.okey? :)