Wednesday, 30 November 2011

Our Little Precious....

Hai,


Dah lama betul tak update blog kita nie. Terlampau busy melayan anak sehingga tak sempat nak buka blog. Alhamdulillah baru hari ni berkesempatan untuk meluangkan masa sekejap untuk berkongsi gambar latest kita bersama anak kesayangan kami iaitu Muhammad Adam Qausar. :)




Adam wif his daddy... <3


Adam ikut muka siapa ek? :b

Thursday, 6 October 2011

Permata Hatiku

Assalamualaikum semua,


Syukur Alhamdulillah Allah masih berikan kita kekuatan lagi untuk menggagahkan diri untuk mengupdate blog kita ni. 


Pada 4hb Oktober 2011, lahirlah seorang putera dan permata hati kita dan suami. Lahir pada pukul 12:30 tengahari dengan berat baby 3.11kg. Syukur Alhamdulillah kita lahirkan permata hati dengan cara normal. Itu pun last minute if not kita terpaksa kena c-zer...syukur Alhamdulillah semuanya selamat.


Ni lah dia permata hati kami...


Muhammad Adam Qausar ( keadaan dia selepas keluar dari rahim ibu)


Muhammad Adam Qausar selepas dimandikan oleh nurse hospital


Heart both of them... <3

Tuesday, 27 September 2011

40 weeks plus 6 days more to go...

Asssalamualaikum everyone,


Masya Allah...rupanya dah lama kita tak update blog ni ek? Salah satu sebab kita tak ada interesting story then lagi sebab kita malas nak update. Bukak blog pun tengok ada updated blog from my friend or not, itu jer. :p


Tengok pada title my entry kali ni pun, kita sedang menanti detik-detik kelahiran puteraku ini. Masih belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi ni tapi sakit-sakit kat belakang pinggang ni dah kita rasa dari last week lagi. Perit ya amat...! :S Rasa nak letak minyak panas je kat belakang pinggang ni tapi tak boleh...kecian baby ku nanti! :p


20hb September 2011 hari tu, kita pergi ke hospital Selayang. Ingat dah nak kena induce lah that time tapi Alhamdulillah...tak kena. :) Actually macam ni la ceritanya....


19hb September 2011 tu hati kita ni rasa tak sedap sebab bukanlah apa cuma fikir-fikir balik the last time kita scan baby kita was on 22hb July 2011 and that time berat baby ku baru mencecah 1.45kg so nothing to worry lah. Tu yang tergerak hati nak scan balik manalah tahu kan...so kita just pergi ke klinik swasta biasa je to scan the baby. After doktor scan, so dapat lah tahu berat babyku.OMG...berat babyku mencecah 3.5kg. So fast dia membesar and doktor tu siap cakap lagi yang kita nak kena induce nih sebab baby kita berat sangat takut tak boleh bersalin secara normal. Hati kita dah berdebar-debar lah bila doktor dah cakap cam tu. Ini tak boleh jadi ni so I ask doktor tu buat surat nak masuk wad dekat Hospital Selayang.


Jadi, 20hb September tu lah kita dengan suami pergi ke Hospital Selayang. Suami kerja half day that day. Dia pun dah berdebar-debar sebab fikir yang kita ni dah nak kena bersalin ke. :p
Sampai sana, macam biasalah kena stay dalam wad and they all akan monitor pergerakan jantung baby and then kita minta diorang buat double check scan balik baby ni sebab takut mungkin tersilap kira berat baby ke apa kan...so, lepas dah monitor jantung baby dan pergerakan jantung baby pun okey they all proceed scan perot kita pulak. Alhamdulillah...doktor pakar Hospital Selayang buat pengiraan masa scan, berat babyku baru 3.2kg so dia bilang pada kita tu normal. Dia suruh kita tunggu ajelah masa untuk bersalin...tunggu antara 3 tanda-tanda nak bersalin tu lah. :p


Syukur dan rasa lega sangat sebab boleh balik rumah after that. Boring jugak stay kat hospital lama-lama. Nanti dah bersalin lagi lah boring kena stay kat hospital. Haih...! So sekarang kita hanya menanti detik-detik kelahiran anak ku ini...tik tok...tik tok...if masih tak ada tanda-tanda sakit nak bersalin by 4hb Oktober 2011 kita dah kena masuk wad bersalin. Jeng...jeng...jeng...tunggguuuuuuuu!


Daa... ;)

Thursday, 8 September 2011

Nothing to say...

Assalamualaikum semua,


Sorry lah sebab kita dah lama tak update blog ni. Salah satu sebab kita tak ada hot story nak share dengan uols dan lagi satu maybe hati ni tak ada mood nak update sebab tengah nebes dok menghitung hari nak 'deliver'...dup dap...dup dap...berdebor-debor hati den ni hah!


This week kandungan kita dah masuk 37 weeks so anytime ajew kita boleh deliver. Tengok pada baby lah nak kuar sekarang ke or not. Ahaks! :b


La ni nak buat kerja pun dah tak larat. Asal buat kerja sikit...mulalah terbenti kejap sebab tiba-tiba rasa lain kat tang bawah ni hah... :b tapi tengok-tengok belum masa nya lagi. Huhuhuhu....


Kadang-kadang terasa sakit jugak pinggangku...tapi bila monitor, okey pulak. Kadang-kadang pewot ni mengeras sekeras-kerasnya...monitor jugak tapi still the same...Haih, tak ngeti nya den  nak jangka semua ni. :/


Uwaaaa...I am so nervous right now!!! Semoga dipermudahkan segala-galanya. Amin! =)


p/s : Nantikan entry yang berikutnya bila kita dah selesai everything ok? :) give me a good rest first... :) pray for me ok? TQ...take care uols! ;)

Wednesday, 24 August 2011

Beraya di mana UOLS diz year...

Pejam...






Celik...




...pejam celik, lagi 4 hari aje bulan Ramadhan akan meninggalkan kita kan? Sekejap betul masa berlalu. Teringat masa start puasa, terasa masa berjalan dengan lambat nak tunggu puasa hari yang ke-2. Tup...tup tengok sekarang...tak lama aje lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri! :)


    Tahun ni uols semua beraya dekat mana ye? Insya Allah, if tak ada aral melintang this year kita akan beraya dengan my mummy dekat Kemaman, Terengganu. Dah 2 tahun beraya dekat KL so this year my mum nak uat keputusan nak beraya dekat kampung pulak. Dia dah rindu ler tu kampung halaman dia...termasuklah kita! Hihihihi.... :D


    Tapi this year is my 1st year beraya as a wife tapi yang sadisnya...tak dapat nak beraya dengan suami tercinta sebab salah satu sebabnya, my husband kena kerja waktu hari raya nih. Actually bos dia ada bagi cuti tapi bayangkan lah dapat pun just for 3 days aje. Manalah cukup kan nak balik kampung halaman dia kat Kelantan tu so nak tak nak...my husband hold cuti tu untuk hari bersalin ku nanti so that dia ada masa lebih sikit untuk kita nanti. :) tenkiu sayang! <3
Dan lagi satu, kita kesian tengok mama kita nak drive sorang-sorang balik kampung so kita pun berbincang ler dengan suami & Alhamdulillah, my hubby izinkan kita temankan mama balik kampung. :) my hubby sempat lagi berseloroh cakap jangan balik kampung lama sangat...nanti dia rindu takde bantal pelok!harharhar.....so noty! :b


    Excited...memang excited nak balik kampung tapi kita ni tengah pening nak packing baju segala. Kalau nak packing baju kita aje tak pe lagi...ni kena pack sekali baju-baju baby. Kena standby pape yang patut sebab by next week...raya week, kandungan kita dah genap 36 weeks @ 9 month gitu...! I am soooooooo nebes....! :/ Hope kita sempat lah pergi & balik beraya ni. Kalau boleh nak bersalin kat KL. Mudah sikit...Hihihihi....Lagi pun dah planning nak masuk Hospital Selayang, tempat kita akan melahirkan baby ni nanti! :)


    Hurmm...oklah! Nak start packing pape yang patot. So...kepada uols semua, di kesempatan ni kita nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ya? Mohon ampun & maaf if ada terkasar bahasa atau terperli uols ke dalam blog kita ni. Ada kew? :b Hihihihihi....


P/S : Jangan drive laju-laju ok? Biar lambat asalkan selamat....orite gang?! :)
<3 Uols! XOXO...Muahx!

Wednesday, 17 August 2011

Dugaan Oh...Dugaan

Assalamualaikum,


Bulan ni betul-betul menguji kesabaran dan kekuatan ku. Sob3x...! Tiga hari lepas, kita tengah dok puasa macam biasa. Tepat kul 3 petang cam tu, tetiba rasa sakit sangat kat bawah tulang dada ni. Macam masuk angin pun ada tapi kita tak sure kenapa...still dok tahan lagi sebab sayang kan nak bukak puasa cam tu aje.


Tiba time nak bukak puasa, yang sedihnya...kita tak boleh nak makan sebab sakit bawah tulang ni mengganas. Huhuhu! Makan je sikit, kita muntah. Muntah sampai 3x dan dengan kuantiti yang banyak. Memang rehydrated betul lah lepas tu. Tak lama lepas tu...tetiba badan rasa menggigil tak hingat. Suhu badan pun berubah jadi panas gila. Demam...Oh tidakkkk! Demam dengan sengal-sengal sendi kita dapat that day...Subhanallah, dugaan! :/


Malam tu jugak adik ipar kita tolong hantar ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Doktor check...dan dia hanya boleh bagi ubat panadol, ubat tahan muntah dengan ubat gastrik. Eeeuuu...ubat gastrik yang tak bape shedaapppp sangat...!! :b berangin lain macam...
Syukur Alhamdulillah...keesokkan paginya demam kita dah mula kebah dan terus hilang sehingga lah sekarang. :)


Kita ni dah tak dapat nak puasa seperti orang lain atas sebab mengandung...dan perlu kumpul tenaga untuk deliver nanti. Atas arahan daripada doktor so nak tak nak cheq terpaksa lah akur...cheq dapat puasa just for 15days je...sob3x! So sad...


So semalam selepas kita makan tengahari...tetiba pewot kita macam tak sedap. Memulas tak hingat sampai buat pewot kita mengeras. Baby pun tak gerak. :( Yang kita pulak berlanjutan keluar masuk toilet sampai lima hingga enam kali dibuatnya ditambah pulak dengan muntah yang teruk. Adoi... :/ ...dan 5 -6 kali tu lah pewot mengeras so risau dengan keadaan baby, nak tak nak kena gagahkan diri pergi klinik again. The same klinik sampai doktor tu pun terkejot dapat patient yang sama. Hahahaha! :))


Doktor check keadaan kita, dia cakap benda ni serious sebab risau kita rehydrated so dia pun bagi refer letter dan suruh kita pergi ke Unit PAC dekat HOSPITAL SG.BULOH. Rupanya kena admit dekat wad bersalin. Adoi...! Makin cuak lah hati nih...Register segala dan terus kena admit. Dok lah kat dalam wad tu dari pukul 5 petang till 2 am this morning. My God...punya lah lama sampai tahap boring kita ni dah tak boleh nak ditahan lagi. Ahaks! :b Kita kena masuk 2 botol air dengan doktor monitor pergerakan jantung baby...Tang nak cucuk jarum kat atas tangan ni yang den tak sanggup sangat. Sakit nak mamposs.....uwaaaaa! My first time in ward...Ohhh tidak!!!!


Pape hal pun, syukur Alhamdulillah kita dapat discharge. Tak perlu nak kena tahan dalam wad. Tu pun dah lega sikit hati ni. :) Tapi sakit kesan dhirrea tu still ada lagi nih...tapi tak seteruk macam semalam.


P/S : Thanx to my lil brother, Mohd Farid Roslan sebab sudi datang dari Shah Alam ambik akak then send me to the clinic...then send me to the hospital. TQ so much...akak hargai sangat-sangat jasa baik mu! :')


To my lil sister, Safiyah...Akak mintak maaf sebab telah me'ruin'kan plan Fify dengan Farid. Sob3x...Sorry dear! Benda nak jadik...akak pun tak planned all this. Huhuhuu...But i love uols so much sebab so prihatin dengan keadaan akak sekarang! Muahx...XOXO! :*

Monday, 15 August 2011

Congratulations to my lil sister

Assalamualaikum semua,


Seawal jam 5 pagi tadi kita dikejutkan dengan satu sms. Masa tu cheq ni baru je lepas bersahur dengan suami. Tup...tup bunyi sms masuk. Uish...hati dah berdebar-debar plus pelik, siapalah yang sms pagi-pagi buta ni kan? :)


Suami tanya..."Siapa plak yang sms pagi-pagi buta ni yunk?"


Kita menjawab..."Ntah...tapi rasa hati cam tak sedap je bang.Ntah...ntah..."


Kita pun apa lagi, terus lah check handphone. MasyaAllah...rupa-rupanya my little sister, Natasha selamat melahirkan puteri sulung dia. My GOD...really good news di awal pagi 15 Ramadhan.... :) Congratulations dear... <3


Natasha (adik angkat kita) ni selamat melahirkan puteri sulung secara normal pada pukul 12:15a.m. dengan berat baby 3.1kg uols...her baby is soooooo adorable! Geram je kita tengok. Rasa nak cubit-cubit pipi dia yang gebu tu! 


Kita tumpang happy sangat-sangat...adik kita tu dah selamat bersalin. Sekarang kita pulak yang nebes dok menghitung hari...giliran kita nak bersalin. Huhuhuhu! :b Cerita beliau masa proses melahirkan puteri sulung dia sungguh menyilukan ku...uwaaa...takot! tapi di sebalik cerita beliau...kita rasa bersemangat dengan kehadiran putera sulung ku ni nanti! Ibu tak sabar nak tunggu baby ibu... :D


Ni lah dia puteri sulung Natasha...isn't she so adorable? :)


See...! Ikut muka mummy dia...siap terpacak lagi rambut nya. Lebat x hingat! :b Nilah dia Qistyna Azrah <3


Ni lah mummy dia...hot mama kan? :) tahniah dik...akak tumpang happy sangat2! 


Bukan weols je yang tumpang happy tapi ada seseorang yang lebih happy dari weols...orangnya ialah....

Congratulations Mr. Bon Zainal kerana mendapat cucu gal early diz morning...so now, Mr. Bon Zainal sudah menjadi grandpa yang hot lagi!


I am so happy today...dapat berita yang menggembirakan! Syukur Alhamdulillah....15 Ramadhan penuh dengan kenangan yang terindah! <3

Friday, 12 August 2011

Berbuka puasa bersama adik-adik kesayanganku...

Salam Uols,


I am so sorry sebab lambat update blog ni. Bukan kerana kita ni malas cuma tak ada new story yang nak di'share'kan bersama-sama. :) But right now, kita dah ada new story to share lar... <3


Yesterday, my lil sister Fify and me plan nak pergi meet buah hati pengarang jantung Si Fify dan berbuka puasa bersama-sama. Almaklum aje lah dah lama tak jumpa buah hati...for 6 months! Pergghhh...setengah tahun gitew! :/ Nasib baik lah cik Fify ni dapat pinjam kereta kesayangan abang dia so kitorang pun dengan senang lenang nya drive lah to Shah Alam... :) Cik Fify kita ni sampai tersesat salah masuk highway DUKE lagi uols...excited punya pasal nak jumpa buah hati. Dah tak sabar-sabar... :b She fetched me...then dari rumah kita, kita yang drive heading to Shah Alam. Nasib baik tak jem uols... :b


Muka excited dah sampai crib si buah hati pengarang jantung Cik Fify...walaupun ku kepenatan sempat lagi uols snap pix! :b

Sambil-sambil waiting for her boyfriend bersiap-siap...tu yang weols ni snap2 pix dekat kereta Persona abangnya fify. Hihihi!

Ni Cik Fify pulok yang posing di tengah-tengah kereta Persona. Masing-masing dah tak ada kerja... :b


Ni lah dia 2 merpati sejoli merangkap adik-adik kesayanganku... <3 comey kan diorang? Nama si teruna tu Mohd Farid Roslan. :)


Masing-masing blur tak tahu nak berbuka puasa dekat mana so dengan last minute decision, weols pun heading to Jusco Bukit Tinggi. Uols...kita ni pun tercengang-cengang lah on the way nak pergi Jusco Bukit Tinggi sebab ni first time kita akan jejak kaki kat sana. Hahaha...udai kan? :b Area Klang beb...tak terfikir pun nak pergi. Dengan jem lagi...so memang tak pernah masuk dalam list lah nak jejak kaki kat sana. Hahahaha!

Dah sampai Jusco, elok-elok je turun dari tempat parking masuk ke department Baby. Mak pun happy la uols...dapat usha barang-barang baby ku. :) Plan nak beli trolley baby tapi terlalu awal sangat so pk punya pk...cancel kan dulu. Last-last beli sabun Johnson head to toe, Johnson baby oil dan sabun basuh baju-baju & napkin for my baby.

Setelah penat berjalan...xtually me yang penat almaklum je lah ibu mengandung, so weols duduk lah kejap dekat bangku ni huh untuk melepaskan penat! :b



Bagi kita, ni lah first time jejak kat Jusco Bukit Tinggi so nak carik kedai makan untuk weols berbuka puasa cam blur sket...so kita pun tanye lah kat diorang ni yang dah biasa pergi sana.

" Nak makan kat mana ni korang?"

" Mana-mana je lah kak....!" Itu jawapan yang diberi. Hahahaha! Melilau-lilau carik tempat, lastly weols pergi ke Kenny Roger's je. Kenalah booking awal-awal so that bila nak berbuka puasa nanti takde lah tak dapat tempat segala....

Tanda tempat telah di'booking'...Hihihi!

My dinner@santapan berbuka puasa ku... <3 minum air jus mango lagi you tapi masam tak hingat...nasib baik ada air mineral! :b

Dish ni yang adik-adikku order...Balinese! Nampak macam sodap jugak kan? :b

Diorang pun dah tak sabar nak berbuka puasa dah nih...hihihi! Sempat lagi snap... :p


Lepas selesai berbuka puasa, plan nak balik lah sebab masing-masing dah tak larat lagi nak jalan. Dah lah pewot pun tengah full house lagi. Tapi on the way nak balik tu, sempat lagi kita ni dok shopping 2 bedsheet....corak love-love lagi uols! Hihihihi...Then weols gerak balik ke Shah Alam hantar Si Farid ni balik.

P/S : I really enjoy berbuka puasa dengan uols...<3 uols so much!



Wednesday, 10 August 2011

Check Up again...

Salam...


Hari ni kita rasa kepenatan gila. Malam tadi tak boleh nak tidur langsung. Rasa macam dah tidur tapi rupa-rupanya hanya tidur-tidur ayam je. Mungkin sebab tak selesa bahagian perut ni. Hihihi!!! :D Sampai cemburu tengok si suami tidur dengan nyenyak tapi kita...nak tukar posisi tidur pun hanya qjjl saja yang tahu betapa susah. Nak kena berhati-hati sungguh...


Selepas sahur pun kita tak dapat nak tidur sebab dok pikir...if tidur, sah-sah terlajak time ni. Sebab today my check up day dekat Klinik Komuniti Kesihatan Kelana Jaya so kena lah bersengkang mata lagi. Pergghh...hari ni memang betul-betul tak cukup tidur!


Appointment pukul 8 pagi. Nak kena kuar awal lah sikit. If kuar after 8a.m. ni gamaknya nak jumpa nurse-nurse yang nak check kita pun lambat lah tapi Alhamdulillah, kita sampai jugak kat klinik before pukul 8 pagi tu pun dah dapat nombor giliran 2027. Dah 26 orang sebelum kita yang dah sampai dulu. Hihihihi! Apa boleh buat...janji kita dah sampai dah syukur.


Hari ni tak de check pape cuma buat benda yang sama seperti sebelum ni iaitu...timbang berat, check tekanan darah...then kena pergi ke kaunter 21 untuk check darah dengan bagi sampel air kencing kita. Tapi today nurse yang check kita membebel sikit sebab berat naik 2kg lebih. Hahahaha! Ni gara-gara makan makanan yang sedap-sedap bulan pose ni. Ahaks! :p


So nurse tu nak tengok lagi 2 minggu ni so my next appointment will be on 24th August 2011. :) Hope berat masa tu jangan naik lagi udah ler. :p Dia dok tengok buku kesihatan kita...tetiba dia cakap yang kita dah kena start cuci baju-baju baby, selimut baby, napkin baby, tuala baby..sebab kandungan kita dah cecah 33weeeks and 1/2...uwaaaa!!! Tak lama lagi je nak beranak....ADOI!nebes tak hingat dah nih... :/


Pergerakkan baby pun okey. Tak ada masalah. :) Ibu dan baby sihat aje. Besar rahim pun sama dengan usia kandungan kita...33sentimeter. :) Berapa lah berat baby ku sekarang yek? :) takpelah...janji dia sihat sudah! Tu pun dah syukur... Ibu tak sabar nak tatap wajah anak ibu!


Semoga ALLAH permudahkan segala-galanya nanti....Amin!

Saturday, 6 August 2011

Aku Hargai Jasa Baikmu...Sahabatku

Salam Uols,


Just nak share sikit dengan uols semua. Dua tiga hari lepas kita ni tetiba teringin sangat-sangat nak makan 'TRUFFLE'. Ia sejenis desert yang penuh dengan buah dan dilayerkan dengan kek & custard. Yummy! Tapi keinginan kita nak makan desert ni bukan nya ada kat kedai tapi desert yang dibuat oleh sahabat baik kita sendiri. Memang terbaek lah!


Then kita 'esemes' la kawan kita ni suarakan keinginan kita nak makan truffle dia...air tangan dia. Syukur Alhamdulillah...dia setuju dan dia akan buatkan untuk kita and baby dalam kandungan ni. How sweet she is yeah? :) Kita terharu sangat-sangat usaha dia ni.


Nilah dia sahabat baik ku, Intan Zalikha yang telah berusaha keras menyiapkan desert 'TRUFFLE' untuk kita...TQ my friend! <3 ya so much!!!

Ni dia desert 'TRUFFLE'...in a small tupperware. Kali ni my friend tak letak variety of fruit cuma letak buah strawberry je. Tu pun dah cukup sedap...! :9


P/S : Kejap-kejap lagi nak layan makan truffle nih...anda mau? Hehehe... :D 

Kepada sahabatku, Intan Zalikha...if u read diz entry, TQ once again yeah? Sayang kamo! XOXO

Friday, 5 August 2011

Counting days

Assalamualaikum semua,

Today dah masuk hari yang kelima umat Islam berpuasa kan? Sekejap je masa tu berjalan and uols jangan lupa...berpuasa, puasa jugak tapi ibadat solat terawih jangan lupa ya? :) Hihihi...



Insya Allah, lagi 25 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut tu and I can bet la ni mesti tengah sibuk dok membeli belah baju-baju raya, langsir raya, kasut raya...everything raya lah. Hihihihi!!! Shopping2 jugak tapi uols jangan leka sangat. Puasa tetap kena puasa ok? :)


Dalam umat Islam dok tak sabar-sabar nak sambut raya, kita pun termasuk sekali rasa tak sabar nak sambut raya tapi dalam masa yang sama hati kita ni nebes sesangat. Mana tak nya, orang lain counting days nak raya tapi cheq ni counting days nak "BERSALIN". Adei...! Dup Dap...Dup Dap...jantung nih. Due date pulak Insya Allah dalam bulan Syawal jugak. So shopping raya tak adalah sangat tahun nih cuma busy dok beli barang-barang baby aje. :) Moga Allah kuatkan semangat ku untuk tempuh hari-hari yang mendatang...ni! AMIN! <3

<3 Kami menunggu detik PUTERA kami lahir ke dunia...we will waiting for you sayang! <3

Sunday, 31 July 2011

Apa...?

Hai Peeps,


    Apa persepsi uols ya...first day puasa ni tapi hamba Allah ni tak de inisiatif nak puasa? Bukan kanak-kanak lagi tetapi dah dewasa tu...! Orang lain bangun sahur tapi hamba Allah ni sedap menyambung mimpi dan menghasilkan bergelen-gelen taik mata! Ahaks...


    Apa nak jadi lah manusia jenis macam nih. Bila lah nak berubah perangai buruk tu pun cheq tak tahu lah. Bulan Ramadhan bukan selalu. Sekali setahun je...you suppose to grab pahala dalam bulan yang baik ni tapi tidak...


    Manusia jenis macam nih bulan puasa ni macam-macam alasan lah tapi bila tiba Aidilfitri...i can bet, dia lah manusia yang paling over excited I guess?!!! Grow up la wei...!!!



    Kecewa btol cheq dengan orang macam ni. Moga Allah bukak kan pintu hati dia ke jalan yang lurus. Amin!

    Di kesempatan ni, kita nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang mengenali diri ini dan kepada uols yang rajin membaca blog kita. Moga puasa kali ini memberi kita manfaat  lebih...

Untuk uols...,
" Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR bernombor 1432H.Kita akan terbang dengan ketinggian 29/29 hari ke atas permukaan haus dan lapar.Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN.Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.Mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini...."


Kalau dah malas...

Hai semua,


Entry kali ni ada berbaur marah dengan tak puas hati sikit. Bukan apa...kita ni tak suka sangat tengok orang yang pemalas. Kalau diri tu masih budak-budak lagi tak pe lah jugak kan tapi diri tu dah dewasa, dah besar panjang orang kata tapi masih lagi tak boleh buang sifat malas dalam diri!




Kita ni lagi tak suka sampai naik benci dengan orang spesis macam ni dan yang tak boleh tahan lagi tu, dah lah pemalas. Dah malas hal kau lah kan tapi ni tidak, nak menyusahkan orang lain. Apa ayat yang sesuai...nak orang yang tak bersalah ni tanggung perot dia! Hello...kalau kau tu budak kecik lagi tak pe, ni dah dewasa...dah kahwin dan yang paling sadis sekali tu baru sahaja dapat cahayamata lagi. Pun masih nak mengharap orang jaga periuk nasi kau ke?!!! Eee...kita alergik btol orang jenis macam nih. Kalau orang luar memang dah lama kita ni maki hamun dia nih tapi fikir sebab ada bau-bau saudara jugak kan so nak tak nak kita ni pendamkan aje lah perasaan tak puas ati ni. Huhuhu....


Memang dasar HIPOKRIT! Sebelum kahwin tunjuk perangai tu baik lah sangat tapi bila dah kahwin...jadi lagu ni lah pulak! Tak kenal diuntung. Orang dah tolong bukak kan rezeki untuk kau tapi kau tak ngeti nak hargai. Manusia macam nih, bila dah tak suka sesuatu benda tu mulalah bagi alasan yang BODOH lagi BANGANG!!! Siapa yang tak marah kalau dah perangai tu buruk macam tu. Bila orang dah marah dengan tegur tu, jangan lah nak tersentap pulak kan? Terimalah dah memang tu perangai kau...Tau nak blame orang lain je!


Berambus lah dari pandangan mata kita ni...buat kita ni tension memanjang je! Haih...benci...benci!!!!


P/S : Kan tak pasal-pasal hari ni dah jadi hari yang tak ada mood untuk kita...UWAAA!!!

Friday, 29 July 2011

Berjimba bersama-sama dengan my cute lil sisters

Hai,


28hb Julai 2011 hari tu, adik angkatku sorang ni si Safieya plan nak pergi jualan gudang dekat Stadium Melawati, Shah Alam. Adikku sorang ni memang tengah teruja gila sampai kalau tak dapat pergi tu boleh jadi kecewa lah gamaknya! Ahaks... :b


Plan punya plan so yang dapat pergi and join the day was me,Nana,Pieja and Safieya, empunya kepala! Hihihi... =D Thanx to Safieya sebab menjemput me dekat rumah. Susah-susah aje...and then me yang kena drive heading to Shah Alam sebab adik tecik I ni tak tau jalan nak pi sana. Boleh cenggitu? Ahaks! Yang tension tu, lalu salah jalan. Boleh plak highway PLUS jem petang tu. Adus...kalau tau lalu jalan short cut! =b


Tengah jem-jem pun sempat lagi Si Safieya ni nak snap picture... =b kite pun tunjuklah peace!



Tengah tunggu turn nak p ke arah tol pun sempat jugak...hahahaha!!! :)


Dah penat tawaf satu stadium berulang-ulang kali dan dah beli apa yang weols nak...perot kitorang ni pun dah berdangdut berirama keroncong. Hahaha! First plan nak heading to 1 Utama tapi takut tak sempat sebab hari pun dah maghrib so kitorang just stick to second plan...pergi je area Shah Alam. Niat nak pergi kedai makan Badi Amuk tapi boleh kan tak jumpa kedai makan dia. Hahaha! Pusing punya pusing tak jumpa...or maybe tersalah lorong ke apa so susah-susah kitorang terus pergi Restoran Wong Solo dekat Seksyen 7, Shah Alam ni...habis cerita. Janji kenyang... :b

Sebelum makan...

Sempat lagi...buat kenangan! <3 me wif fieza


Dari kiri Nana & Safieya ( ketua )

Dish ni Nana & Fieza order...yummy! :9


Dish ni me & Safieya order...weols suka tang peha! sedap...! :9


Tengok sotong goreng dia cam sedap je so kita pun order la sebagai nak tambah lauk tapi memang terbaek la sotong ni! sedap!


Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera... :b


Safieya & Nana puas hati! Hahaha... :)


Kitorang really had fun hari tu. Rasa nak pergi lagi je tapi tak sanggup la den sebab nanti habis duit ntah pape plak nanti. Hihihi! Nak jugak kena budget bila berbelanja...betul tak? :)

Renung-renungkan dan selamat beramal...Hihihihi! Love ya...

Tuesday, 26 July 2011

Photoshoot Preggy Mum...

Salam everyone,


Hari tu, kita ikut adik-adik angkat ku pergi photo shoot dekat Puchong. Actually diorang nak buat photo shoot untuk shawl & pashmina baru. Di kesempatan yang ada, atas permintaan Cik Fify...dia mau kita buat photo shoot jugak khas untuk pregnant woman. Hahahaha!!! 


Sorry lah guys...kita ni tak pandai nak posing depan camera. Cam kaku gitew! Hahaha...ni lah hasil-hasil photo shoot ku. =) whatever pun, i Love it!


Picture PhotoShoot pertamaku...

Lihatlah pewot ku ini... :b

Harum seh bunga nih...ahaks! :)~

Love this picture so much! nampak bersahaja walaupun sebenarnya telah diarahkan untuk memandang sesuatu....thanx to Fify and Fareez! XOXO

Pose yang tak jadi...nak tunjuk my big tummy tapi tak nampak!harharhar... :))

snap picture wif Cimot...

my cute lil Cimot...miss you!

Saturday, 23 July 2011

Buah Hati Kami

Hai uols,


Nak kongsi dengan uols. Yesterday saya ada appointment dengan Dato' Dr. Ashar Abdullah dekat Ampang Puteri Specialist Hospital. Saya buat appointment pun sebab nak buat 4D scan. Nak tengok wajah baby saya ni.


Sampai dekat hospital 10minit sebelum pukul 2petang. Semangat tak ingat kan? Hihihi... :D Then, tengok-tengok bilik doktor buka pukul 2:45petang. Hahaha! Nanya, kena lah tunggu. Daripada membuang masa, saya pun pergi lah kafe dekat G floor. Nasib baik makanan dia sedap. Hihihi! :D 


Habis sahaja makan, saya pergi ke tingkat 3 balik. Tengok-tengok bilik doktor dah buka rupanya. Dah penuh jugak orang. Isi-isi borang, tup-tup saya punya giliran no.8. Huhuhu...kenalah tunggu kan tapi tak pe, tempat dalam bilik tu selesa sangat. Siap sediakan televisyen so sambil tunggu takdelah boring sangat. :)


Akhirnya sampai jugak turn saya untuk berjumpa dengan doktor pakar. Segan jugak nak jumpa. Yelah, tengok nama pun dah gah kan? Hihihi... :D Check up seperti biasa then doktor nak start scan 4D tak berjaya sebab my baby takmo pandang. Pemalu kot...ahaks! :p tapi takpelah. Syukur ke hadrat Allah sebab baby saya cukup sihat dan sempurna. Itu pun dah buat hati saya lega dan gembira. :) My baby's latest weight is 1.45KG. Cute sangat berat dia. Hihihi! :D


Nilah dia my precious... <3

Semalam masuk 2x saya scan baby ni. So it's confirm yang saya mengandungkan baby boy. Dato' Dr. Ashar siap tunjuk lagi 'anu' dia yang cute tu. Hihihi! Thank you Dato' Dr. Ashar kerana memberi layanan yang cukup baik pada saya. :)

So after this, we will prepare apa yang patot for our little prince ni...our precious. Love you so much my little prince. Ibu akan nantikan kelahiranmu ini...XOXO

Saturday, 16 July 2011

My Weekend

Hari ni Sabtu dan hubby pun kebetulan cuti. Nothing to do so buat plan last minute dengan hubby ajak dia pergi Giant, Kota Damansara. Nak beli barang-barang dapur sikit. :) Terasa nak pergi The Curve tapi takut tak ada parking so tak jadi lah nak hangout kat sana. Huhuhu...



Then kita berdua heading to Pizza Hut Seksyen 6 Kota Damansara. Malam ni dinner kitorang makan pizza lah. Kita berdua tak plan pun. Pikir ada voucher RM30 tak guna lagi so hubby pun setuju makan dekat sana. Order yang Xtra Cheese macam dalam iklan tu...hihihi...sungguh kenyang dan memuakkan. :p Pizza Pepperoni Delight kesukaan ku...

Extra Cheese ok? :p

Minum Ice Lemon Tea...yummy! :9

Hubby tengah makan Chicken Soup... :)

Wednesday, 13 July 2011

Di waktu masa lapang ku...

Hai uols,

Pagi ni kita ada appointment dengan nurse-nurse yang comel lote dekat Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Dan hari ni juga, kita dapat pegang kereta suami ku. Hihihi!!! Jadi pukul 7 pagi kita sudah siap keluar and heading to Kelana Jaya. Pagi ni jalanraya sesak sikit sebab awal pagi tadi, I guess hujan kot?! Kita sampai dekat klinik lagi 2 minit pukul 8 pagi. Appointment yang dah di set kan pukul 8pagi. Dapat nombor giliran pun 2016. Huhuhu...

Selepas selesai appointment, kita heading to shopping complex One Utama. First, nak pos barang untuk kawan kat Kuantan. Barang baby. Kawan baru deliver baby boy. Nak bagi by hand jauh jadi nak tak nak kena pos jugak lah akhirnya. :)

Pastu, kita heading to MPH Bookstores. Nak cari 2 novel yang kita idam-idamkan sebelum ni. :) Kat TV selalu miss tengok drama bersiri so nak tak nak kena cari novel dia jugak untuk memuaskan hati ku ini. Lagi pun boleh mengisi masa lapang ku jugak...Ni dia novel-novelnya!

Ni dia novel-novelnya... <3

'Stanza Cinta'...sekarang tengah ditayangkan di TV3 setiap hari Ahad, 9mlm. Hahaha! Aaron Aziz nya pasal... :p

'Nora Elena'...ni lah dia novelnya! Drama ni selalu miss so untuk menggantikan balik nak bagi kita faham, kita pun belilah novelnya. :) semangat kan?

Sekarang dah tak boring lagi. Asal ada masa terluang sahaja, capai novel ni dan terus membaca. Jadikan membaca sebagai satu amalan...ecehhhhh! :p